Banyak lagi ilmu pengetahuan tentang arnab yang perlu saya pelajari lagi. Saya
sudah banyak membuat kajian tentang arnab-arnab dari blog-blog penternak yang
menternak pelbagai jenis arnab hiasan dan pedaging. Saya berasa kagum dengan
kejayaan yang mereka perolehi dalam penternakan arnab. Saya juga berharap dapat
berjaya seperti mereka suatu hari kelak :) Insyallah~
Buat masa ini, saya tertumpu kepada arnab jenis pedaging.
Saya difahamkan bahawa daging arnab mempunyai sumber protein yang sangat baik
disamping kadar kolestrol yang rendah adalah terlalu baik jika dibandingkan
dengan daging ayam, lembu, kambing dan khinzir.