Monday, July 23, 2012

Ramadhan Al-Mubarak telah tiba...

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat muslim :) Bersama-sama lah kita menempuhi bulan yang mulia ini tgn penuh kesabaran dan ketakwaan~ Harap di bulan Ramadhan tahun ini memberi penuh makna kepada kita semua ;)




Monday, June 18, 2012

Baru lagi dalam dunia penternakan arnab :)

Assalamualaikum...Saya Fitri pemilik Blog Arnaborneo. Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang ternakan arnab jenis pedaging ini. Saya baru saja membela enam ekor arnab jenis baka kampung untuk permulaan. Beberapa bulan lepas arnab-arnab saya telah melahirkan  anak tetapi kesemua anak arnab tersebut mati. :( Kematian anak arnab yang baru lahir tersebut di sebabkan saya yang masih kurang ilmu dalam bidang ternakan arnab ini.

Banyak lagi ilmu pengetahuan tentang arnab yang perlu saya pelajari lagi. Saya sudah banyak membuat kajian tentang arnab-arnab dari blog-blog penternak yang menternak pelbagai jenis arnab hiasan dan pedaging. Saya berasa kagum dengan kejayaan yang mereka perolehi dalam penternakan arnab. Saya juga berharap dapat berjaya seperti mereka suatu hari kelak :) Insyallah~

Buat masa ini, saya tertumpu kepada arnab jenis pedaging. Saya difahamkan bahawa daging arnab mempunyai sumber protein yang sangat baik disamping kadar kolestrol yang rendah adalah terlalu baik jika dibandingkan dengan daging ayam, lembu, kambing dan khinzir.